Lokasi stesen Stesen_keretapi_Slim_River

Stesen keretapi Slim River terletak di hujung Jalan Stesen, yang dinamakan sempena stesen keretapi ini. Jalan stesen merupakan sebuah jalan utama bagi pusat bandar Slim River. Stesen ini terletak di hujung barat pusat bandar. Di belakang stesen (iaitu di sebelah barat) ialah Kampung Perhentian yang dinamakan sempena perhentian keretapi yang kini digantikan oleh stesen keretapi ini.

Sebelum stesen keretapi bersaiz besar yang wujud kini dibina, sana hanya terdapat sebuah stesen keretapi yang kecil, dan terdapat lintasan keretapi pada Jalan Stesen, dan dari Jalan Stesen, selepas melintasi landasan keretapi, boleh sampai Kampung Perhentian. Namun di atas projek landasan berkembar dan pembinaan stesen baru, sebuah jambatan yang merentasi landasan keretapi di sebelah kanan (utara) stesen dibina untuk menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian. Ini kerana piawaian landasan berkembar melarang lintasan keretapi dengan jalan raya. Bangunan stesen baru menyekat lintasan keretapi yang wujud sebelum ini. Sebuah jambatan pejalan kaki juga dibina merentasi stesen keretapi baru dari depan bangunan stesen ke belakang bangunan stesen, demi menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian.

Bekas tapak lintasan keretapi. Papan tanda lama bertulis "Lintasan keretapi 200m" pada sebelah kiri ialah buktinya. Stesen keretapi baru berada di hujung Jalan Stesen (sebelah kanan).

Di hadapan kiri (barat daya) stesen terletaknya (dari selatan ke utara) Pasaraya FamiliMart (dulu Best7), bekas pejabat malaria, dan Gereja St. Paul (mazhab Anglikan). di belakang stesen terletak sebuah kuil Hindu.